7 Jan 2012

Kamal Si Penjawat Awam

Cerita ini bermula di sebuah daerah di negeri Melaka. Empunya diri diberi nama sebagai Kamal. Kamal merupakan seorang ayah kepada 4 orang anak yang mana 2 orang lelaki dan 2 orang lagi perempuan. Isteri Kamal merupakan seorang wanita Melayu yang menawan serta anggun dan kecantikannya tidak lut dimamah usia. Kamal merupakan seorang kakitangan awam ataupun pekerja kerajaan yang sudah berkhidmat selama lebih daripada 20 tahun.

Beliau berkhidmat di jabatan yang amat dikenali di seluruh Melaka. Kepentingan jabatannya memainkan peranan yang penting dalam pembangunan luar bandar di Melaka. Beliau memegang jawatan kedua tertinggi dalam jabatannya. Walaupun memegang jawatan yang tinggi, beliau tidak pernah sombong dengan orang bawahannya. Kamal sentiasa menjaga tingkahlaku, pertuturan, cara berpakaian serta perwatakannya. Beliau amat menitikberatkan apakah pandangan orang lain terhadap dirinya.

Kamal memiliki sebuah rumah yang terletak tidak jauh dari tempat kerjanya. Perjalanan menggunakan kereta dari rumah dan ke tempat kerjanya hanya mengambil masa selama lebih kurang 15 minit. Beliau juga mempunyai sebuah kereta buatan tempatan yang sudah dimilikinya hampir 10 tahun. Kereta tersebut amat berjasa kepada dirinya. Beliau sentiasa menjaga keretanya demi memastikan komitmen beliau terhadap kerjaya tidak terjejas. Isterinya merupakan seorang suri rumah sepanjang masa yang sentiasa memastikan kebajikan anak-anak mereka sentiasa dipenuhi. Anak-anak mereka ditatang bagai minyak yang penuh. Walaupun begitu, ajaran agama tidak dilupakan. Kesemua anak mereka ditanam dengan akidah keislaman semenjak dari kecil lagi.

Kamal sentiasa mengingini hidup yang lebih senang. Membeli apa sahaja keperluan tanpa perlu bimbang dengan natijah yang bakal dihadapinya. Tetapi sayang semua itu hanya merupakan angan kosong bagi kamal. Jika hanya bergantung kepada jumlah pendapatan yang diperoehinya pada setiap bulan ketika ini, dia tidak mampu memberi kebahagiaan yang sempurna kepada anak-anak dan keluarganya. Dia tahu duit bukan segalanya dalam kehidupan yang bahagia. Tetapi dia juga tahu dia tidak akan mampu hidup dengan bahagia tanpa tunai yang mencukupi. Segala perlatan dapur, makan minum, belanja persekolahan, barang-barang keperluan dan hiburan memerlukan duit. Dia hanya mampu pasrah dan sentiasa berdoa kepada Tuhan supaya dirinya dapat melepaskan diri dari kemelut yang tidak elok.

Setelah berjumpa dengan kamal dan berbincang dengan lebih lanjut bersamanya. Kami telah membuat keputusan untuk membantu Kamal sedaya upaya kami. Kamal hanya perlu mengisi borang yang kami sediakan, dan dia kemudiannya menghantar borang tersebut kepada kami. Kami telah memproses borang Kamal dan menghantarnya terus ke ibu pejabat pinjaman. Alhamdulillah, setelah 3 minggu permohonan Kamal telah diluluskan dan beliau berjaya mendapat wang tunai yang dipohonnya. Akhirnya kini, keluarga Kamal hidup dengan bahagia dan sentiasa dimurahi oleh rezeki.